W E A R E Y O U N G ! iffa's blog

Wednesday 10 October 2018

Menyepi

Assalamualaikum wbt. Fuhh nampaknya memang lama dah blog tak berbuka. Habis berhabuk bersawang semuanya persis rumah hantu huhu. Kerananya faktor kelajuan internet, kesuntukan masa, kerjaya cehh. Actually aku terlupa apa password dan email nya. Lepas dah penat dari sehari ke sehari asyik memikirkan apa bendaya, akupun duduk berteleku dibilik sambil membelek buku buku lama dan terus terjumpa password yang aku mahukan . Alhamdulillah dapat juga melayari blog kesunyian ini.

Blog ni sunyi, sunyi umpama hidup aku , mungkin hidup aku tak sesunyi yang ku sangka cuma aku yang menjauh dari mencapai kebahagian hidup ku sedangkan mereka hanya bersahaja menjalani hariannya . Mungkin, Aku yang selalu berkecil hati dengan kekuranganku . Aku yang selalu terasa hati dengan kehidupan di persersekitaran ku . Aku yang menjauh dari pencipta ku, aku yang lalai dari suruhannya . Aku yang tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi .. ya Allah , kuatkan lah hambamu ini ..

Kurang dari setahun, masjid akan didirikan . Tapi pelbagai ujian dan dugaan datang menimpa . Ya Allah , kuatkan lah diriku kuatkan lah hatiku . Jika dia jodohku, maka permudahkanlah yaAllah 😭. Sungguh nya , aku tak kuat menghadapi ujian mu . Kuatkan lah hatiku , diriku , iman ku untuk menjalani hari hari ini dengan lebih baik yaAllah .

Aduh teremo pulak 😌
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment