W E A R E Y O U N G ! iffa's blog: August 2014

Tuesday, 12 August 2014

bangga dan 3 perkara yang kita perlu tahu

Assalamualaikum . Rasa macam lama pulak kan tak update blog ? heee Lagi pun aku busy pung pang tu ini ..Kali ni aku nak kongsi sedikit nasihat yang aku dapat dari buku yang aku baca semalam ..  Dalam dunia nie , bukan kita seorang aje yang hidup , so ... ada benda yang kita kena amik kira untuk kesenangan diri dan kesenangan orang di sekeliling kita . 

jangan bangga sangat dan 3 perkara yang kite perlu tahu

 #teguran ini untuk aku dan kawan kawan .
-jangan bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = tanah liat
-jangan bangga dengan rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita =kubur
-jangan bangga dengan baju bagus kerana baju terakhir kita ialah =kain kafan
-jangan bangga dengan motor/kereta besar kerana kenderaan terakhir kita = keranda
-jangan bangga dengan minyak wangi berjenama kerana wangian terakhir kita = kapur barus
-siapa terasa padan muka . kalau tak terasa tu muhasabah la diri

aku baca pun ada terasa dan terus berfikir sejenak gak . mudah mudahan aku takda la berperasaan macam nak bangga dengan ape yang ada sekarang . insyaallah

kadang kadang ada orang hati dia hitam betul . ape orang tegur pun tak boleh dan dia rasa macam dia sorang je yang betul . itu penting nya sebelum tidur muhasabah diri dulu ek . dan maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan kita then berperasangka yang orang lain pun dah maafkan kesilapan kita . baru la hati tenang kan ?
"semiskin - miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti "
akhir kata
jangan la bangga sengan blog kita , kerana .....
#sambung la sendiri . sekali sekala kena ade ayat motivasi ni . hahahha

siapa owner blogger . mesti la manusia kan ?
kalau sibuk duk amik tips berblog tapi kehidupan ta terancang tak guna gak khan ?
aku kongsikan 3 hal yang amat penting

- 3 hal yang tak pernah kembali
1. waktu
2. perkataan
3. kesempatan

-3 hal yang menghancurkan kehidupan kita
1. kemarahan
2. kesombongan
3. dendam dan dengki

-3 hal yang tak bole hilang dari kehidupan kita
1. cinta kasih
2. keluarga
3. sahabat
cuba kaitkan 3 hal ini dalam dunia kita , kalau pandai dan paham kan dengan konsep tiga ini kite boleh berjaya bukan dalam dunia blog aje tapi dalam kehidupan seharian kite jugak . insyaallah .

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment