Asalamualaikum olls :p kali ni aku nak kongsi pasal keracunan makanan . Maklumlah baru lepas 'search' di cik google selepas salah seorang rakan baik aku terkena keracunan makanan semalam . Kadang kadang kita tak sedar pun apa punca sebenar berlakunya keracunan makanan ini .Keracunan makanan adalah berpunca dari pengambilan makanan atau minuman yang tercemar . Antara simptom-simptom keracunan makanan yang biasa termasuklah loya , muntah , kekejangan perut dan cirit- birit . Bila dah kena simptom simpton kan parah . So kepada sesiapa diluar sana yang memerlukan kaedah semulajadi merawat keracunan makanan sedikit sebanyak ada di sini .
antara langkah yang kita boleh ambil untuk merawat keracunan makanan :-
Halia – Minuman halia yang dicampur dengan madu dan dihidangkan waktu panas sebenarnya boleh meredakan sakit akibat keracunan makanan ditahap ringan . Cara penyediannya mudah je iaitu ambil sesudu madu dan kacau bersama larutan air halia . Formula ini boleh mencegah masalah radang dalam perut menghilangkan rasa sakit disebabkan keracunan .
Gula Merah – Individu yang terkena keracunan makanan mudah sahaja mengalami simptom loya dan muntah-muntah . Disebabkan kita sering muntah maka badan secara automatiknya akan lemah . So gula merah untuk mengatasinya dengan mencampurkan empat sudu teh gula merah kedalam air suam . kacau dan minum perlahan-lahan . Ia mampu memberi lebih tenaga yang diperlukan .
Teh – mungkin ramai yang masih belum sedar tentang manfaat yang dibawa oleh teh . Ia merupakan sejenis bahan semula jadi yang sangat berguna untuk mengubati masalah keracunan makanan . Caranya adalah dengan membancuh teh untuk rasa yang lebih enak boleh juga ditambah madu , pudina atau daun basil . Bukan setakat rasa yang nikmat malah bahan yang terkandung didalamnya juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan rasa sakit sekali gus melindungi perut dari terkena penyakit yang sama .
Yogurt – Yogurt mudah sahaja dikaitkan dengan diet , kesihatan dan sistem pencernaan . Walau bagaimanapun , ia juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit akibat keracunan makanan . Sekiranya terasa mual atau muntah-muntah disebabkan penyakit tersebut maka bolehlah diambil yogurt . Kandungan mikroorganisma didalamnya dikatakan membantu melawan keracunan makanan sekaligus melegakannya .
Buah Delima – Buah delima boleh digunakan sebagai agen penyembuhan untuk masalah keracunan makanan di peringkat ringan . selain berguna untuk masalah berkenaan , ia juga boleh digunakan untuk mencegah rasa mual serta muntah yang disebabkan oleh keracunan makanan . Disamping itu , kulit buah dan kulit pokok delima juga dipercayai mampu dijadikan ubat untuk keracunan makanan .
Lemon – Buah lemon sering diambil sebagai penyedap makanan . Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengubati individu yang terkena keracunan makanan . Hanya dapatkan tiga ke empat gelas jus lemon bagi menghilangkan rasa keracunan . bagi menambah keberkesanannya maka tambahkan sedikit garam pada jus tadi .






