W E A R E Y O U N G ! iffa's blog: April 2014

Wednesday, 9 April 2014

wordless day

Asalamualaikum

Hari ni just nak luahkan perasaan je .. Sejak dah nak exam nie , ketaq lutut semakin kuat terasa sampai tidur tak terurus , makan tak ikut masa . Nampak macam parah sangat pulak haha . Ayoooo . So , kepada Final Exam candidates (PSIS) , Good Luck tau ! Especially for Jabatan Teknologi Maklumat & Teknologi (programming) Class dip 1A , Good Luck !! Buat yang terbaik tau ! jangan hampakan harapan ibu bapa kita . Ingat susah , Penat lelah mereka cari duit nak besar kan kita .

Jangan tidur lewat ! nanti bangun lambat x dapat masuk dewan terpaksa repeat paper :p


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 6 April 2014

TAHNIAH !

assalamualaikum .

!* kali ini , ini merupakan entry yang tersimpan di draf sejak tahun 2011 . Aku edit hingga ke hari ini . *!
!*topik = exam*!



2011 - 

aceli aku tak ada modal nak update . ini pun sebab dah janji nak update so kena tunaikan . lagilagi orang tersayang yang minta . laju je kite :)

 *luahan hati :)
ok first . aku rasa best gila sebab dah habis exam . rasa macam baru dapat terjun dari tempat tinggi . terjun terjun terjun terjun suddenly bubb! dah sampai tanah rupenye *err . rileks derr . uf1 je pun . kalau spm macam mana la tu . takut . aku tak study exam kali nie . cikgu cakap nanti ada buat rombakan kelas . apedekesah kelas aku memang dh **** . tapi teringin nak duduk kelas lain . sokey tawakal + doa . insyaallah :)


ok back to the tajuk . jumaat berapa march , lepas habis baca yassin , sekolah ada buat penyampaian pin pelajar target SPM & PMR . aku dapat rasa memang kembang habis siapa yg dapat pin tu . ceria je muke masing masing . pastu kat siapa yang x bernasib baik , muram je macam kawan aku :(
ok . budak pmr ramai yang dapat dalam 70 orang . akak abg spm sikit je yg dapat . dalam 30 lebih macam tu je . walaupun sikit , korang beruntung sebab terpilih jadi pelajar target . banyak keistimewaan nya . macam macam free . jelous aku ==' x pe . tahun depan aku akan pastikan yang aku dapat benda tu . yeahh ! semangat . oh lupa . tahun depan aku dah tak ada kat sekolah tu lh :)


kesimpulan nya . jangan suka sangat bila dah habis exam sebab kena ingat , exam nie bukan sekali dalam seumur hidup .
terakhir , tahniah la kepada sesiapa yang dapat benda tu . jangan bangga sangat sebab dun ia nie bulat , kadang kadang di atas kadang kadang di bawah . dan bila dah dapat bawak bawak la suka kawan dengan buku dan jangan hampa kan harapan kau ibu bapa dan sekolah kay . jangan stop study walaupun kita dah habis uf1 nie . nanti tak pasalpasal pin korang tu kena tarik balik . baru padan muka hahaha*gelak setan

ok dh habis . baibai :)


2012 - 

* luahan hati * seram nya bila berada di tingkatan lima ! 

Biasalah bila dah ada dekat tingkatan lima , ramai student yang akan stress memikirkan exam yang bakal menjelma pada 5 nov 2012 nanti . Awal tahun , memang semangat nak belajar latihan semua siap , submit on time , tapi bila di pertengahan tahun , semangat aku hilang , lantas kembali ke perangai lama ( berfoya-foya ) . Macam dah tak sedar diri apa yang akan ada pada 5 nov nanti . 





 Aku kembali sedar bila pengetua sering mengingatkan kami tentang tarikh itu . Diberi kelas tambahan , di ingatkna penat lelah kedua ibu bapa mencari rezeki untuk membesarkan anak anak , untuk membiaya bayaran sekolah dan sebagainya . Aku kembali belajar deperti selalu . Dan akhirnya tercapai juga impian aku selama aku bersekolah di SMKKKLIA di nilai iaitu mendapat pengiktirafan pelajar daripada pengetua . Yeay ! Bangga . Apa yang aku ingin kan dari tingkatan empat telah ku dapat .  Aku berharap agar SPM aku pun memberangsangkan . Paling kurang ada benda yang aku dapat banggakan mereka . Biar sedikit jangan tiada langsung kan ? 

ok bye bye :D 


2014

Alhamdulillah . Berjaya untuk menyambung pelajaran di Politeknik Sultan Idris shah di Sabak Bernam . Aku akan menduduki Final Exam pada 08 / 04 / 2014 bersamaan hari Selasa . Sungguh , aku rasa tak bersedia . Tidak bersedia sangat- sangat . Apa-apa pun . Wish Me Luck !  Disini aku ada nyatakan sedikit tips untuk study . hehe bye !


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 3 April 2014

Apa nak di kata ?

Asalamualaikum ..

Hari nie nak cerita pasal ape eh ? Nak cerita pasal final exam , budak kelas , macam tak menarik je buat masa nie . heheheh . Final exam betul betul membunuh aku dengan pelahan .. Omai .. you really killing me slowly ... X sangka macam tu pulak soalan yang keluarkan ?. X pe lah aku dah try buat yg terbaik apa yabg aku dapat , itu yang aku usahakan selama ini .. Ayat macam nak makan kaki je kan .. Tak de lah aku cuma nak kongsi satu cerita nie .. 



Kita bila hidup nie jangan suka hanya nak mencari alasan sebab alasan yang kita buat tu tak semua orang suka ... Kalau boleh , kita nie waktu hidup jangan suka nak menyusahkan orang aje . Cuba belajar menyenangkan orang pulak .. Memang kadang-kadang kita di bawah . Kadang-kadang kita di atas . Biasalah tu adat bila hidup di atas bumi yang bulat nie ... 





Masalah .. 
Kita sudah besar , sudah matang ... Kalau ada masalah yang boleh dielakkan , cuba elakkan . Jangan sesekali besarkan benda yang kecil . Jangan sesekali mencari masalah pulak ! Kalau hidup asyik nak mencari amsalah , bila dah dapat masalah lari dari masalah , bila masalah tu nak selesai ??

Eh lain macam je bunyi topik hari nie ? heheh tazkirah jumaat namanya .
Selamat beramal semua . Sikit je tazkirah , x sampai seminit pun kan ? 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Malam Seharum Budi (MSB)



Malam Seharum Budi , dinner untuk ahli Jawatankuasa Pelajar Kolej Kediaman (JPKK) sesi disember 2013 . Bertempat di dewan Banquet Jabatan Pelancongan & Hospitaliti PSIS . Tarikh 28/03/2014 . Wow . Meriah . Happening . Bebaloi penat aku lepas setiap malam dok bermeeting dekat bilik gelap(bilik warden) dengan assignment tertunggak , quiz test berlambak . Akhirnya . . .

Malam tu tema kami ialah back to school . So , sesiapa yang di undang , nak datang kena pakai baju sekolah lah . Digalakkan pakai baju sekolah , tapi kalau x de baju sekolah , boleh pakai baju biasa mcm baju kurung , kemeja but act like cikgu lah  , tak pun jadi macam makcik cleaner , pakcik kantin kiki . Makanan kami ialah western + nasi goreng , desert , air , jus tembikai .Waktu majlis ni berlangsung , lokasi aku under makanan . Aku di pilih dan memang keinginan aku nak berada di tempat makanan . Lapar lapar ngap masuk mulut . hehehehe . Terliur sungguh tengok makanan , rasa macam diorang saje melambai lambai suruh aku pelan pelan bawak diorang masuk mulut aaaa.. aaaa... aaaaaa bila dah sampai dalam , ngap kunyah laju laju .


( din as ketua unit makanan , iena as ketua program )

Ayooo bestnya malam tu . Ada tarian lagu kurik kundi . Adanyanyian dari aben ( x tahu nama sebenar ) lagu apa tah dan dari abg helmi ( waktu kurus dengan sekarang jauh berbeza ) lagu x tahu tajuk tapi lebih kurang macam nie , " jaauuuuuuhhhhh ku belari , ...." maaf la aku tak tahu lagu lagu nie . Dan MC tak formal kami yang memeriahkan majlis pada hari itu , Aqasha ( acah ) dan yun yang selalu masuk air . Tak kisah lah tengah meetingg , tengah kena bebel dengan letcurer , tengah serabut , ada je mulut dia nak bising . Nakal , suka mengacau orang . Ghomeo katanya ...

(didik-makanan , acah and yun as mc tak formal )

Bila dah pakai baju sekolah tu , rasa teringat pulak kenangan lama waktu di SMK Kompleks KLIA dimana aku berjumpa dengan insan insan yang aku sayangi hingga kini . Ceehh ayat tak nak kalah kaauuu ! Rindunya dekat korang semua . Merata-rata semua mengejar impian masing masing .

( 5 univ of Edinburgh 2012 )

( fahmi 2011 )

Hebat , Meriah dinner malam tadi . Rasa bangga bila apa yang kita sama-sama buat dihargai .  Semoga kita berjumpa lagi !



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment