W E A R E Y O U N G ! iffa's blog: March 2014

Saturday, 22 March 2014

takdir atau apa ?




Perbezaan .

Di dunia ini , ada hal-hal yang kita sangat mahukan tapi sukar untuk mendapatkannya . Mungkin kita kurang berusaha untuk memperolehinya atau memang sudah merupakan takdir tuhan kepada kita . Ada juga benda yang kita pegang erat-erat jaga dengan cermat , tapi bila sampai masanya , kita terpaksa melepaskannya . Ada juga hal yang tidak kita inginkan , tapi , tidak diduga hal itu datang secara tiba-tiba hingga boleh mengejutkan kita . Ada hal yang boleh membuat kita merasa gembira , lega , senang , gembira . Tetapi , masih ada juga hal-hal yang boleh membuat kita merasa sedih , gundah , kecewa hingga hanya mampu duduk terperuk di tempatnya untuk menanti semangat yang lama datang kembali .


Ada orang yang selalu diberi kegembiraan , keriangan dalam hidup nya . Ini merupakan anugerah dari sang pencipta kepada hambanya . Ada orang yang memperoleh kegembiraan selari dengan kesedihan , dan selalunya kesedihan hadir selepas kegembiraan bertandang . Bak kata orang tua-tua , " Jangan galak sangat jika tengah gelak (gembira) , khuatir akan mengundang tangis " . Ada juga orang yang dari awal hingga akhir merasakan tidak bahagia , tidak gembira . Hal ini berlaku kerana dia sering tidak mempercayaai diri , serinng membandingkan dirinya dengan diri orang lain . Ingatlah kata pepatah melayu bahawa " Ukur buju di badan sendiri " kerana jika salah sukat lain lah output yang kita dapat . Ia selari dengan kehidupan kita . Ada juga orang yang sering di beri kenyamanan dan kemewahan hidup , tetapi tetap ada saja selalu yang kurang dalam hidupnya . Ada orang yang dari pandangan kasar dilihat sangat kurang dari segi fizikal tetapi selalu merasa cukup dengan apa yang telah di miliki sepanjang hidupnya . Ah macam-macam jenis orang ada di permukaan bumi ini .  Ada orang jenis ini , ada orang jenis itu . Eh tah lah . Tak tahu nak cakap macam mana .




Sebenarnya , aku pun sering mencuba untuk berdamai dengan diri supaya selalu menghargai apa yang telah aku miliki dari dulu hingga kini . Ternyata apa yang aku perlukan amat mencukupi tetapi ego yang meninggi membuat kita sering merasa sentiasa tidak cukup sama ada dari segi fizikal mahupun rohani . Kadang-kadang , amat senang bagiku untuk berdamai  dan mencapai kata sepakat dengan diri , aman sekali . Namun ada masanya , langung tidak boleh untuk mencapai kata sepakat tersebut . Akal berkata ya , Hati berkata tidak . Hati berkata ya , Akal berkata tidak . Ah rungsing jika tidak sehaluan .






Kini , semakinku menginjak dewasa , semakin banyak hal yang terjadi . Semakin bertambah usia , Satu persatu orang yang kita sayangi mahupun cintai pergi dari hidup kita , sama ada pergi yang kekal ataupun sementara . Kadang kala , perasaaan ingin menjadi dewasa , bertambah usia , mengalami perkara yang saya tidak mahu terjadi amat kuat untuk di usir dari dalam alur kehidupan ini . Kembali menjadi kecil , menjadi anak yang manjan yang tidak perlu memikirkan hal-hal yang merumitkan fikiran selalu terlintas di hati ini . Tetapi , suratan takdir telah menjadikan kita sentiasa perlu bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki pada hari ini , sebentar lagi atau akan datang .


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 18 March 2014

ulang tahun diri :D




                                              17-03-1995 ------ 17-03-2014 . 07.49 am 

Merupakan tarikh yang bersejarah bagi aku kerana ia telah membawa seribu satu kenangan sama ada yang pahit mahupun yang manis . Pada tanggal ini ; terlihatlah aku akan keindahan dunia , Merasa kasih sayang seorang bapa . Merasa kasih sayang seorang ibu . Merasa kasih sayang daripada ahli keluarga . Ya allah sesungguhnya itu merupakan nikmat yang berharga untuk ku 

Sangkaku , tika telah berada jauh di perantauan ini  bakal menaymbut hari ku seorang diri . Sangkaan ku meleset . Dirai awal sehari , di beri kasih sayang sehingga hampir menitiskan air mata , di beri kejutan yang tak terhingga . Ya allah sekali lagi ia tercatat sebagai kenangan terindah dalam hidupku . 

Dirai oleh sahabatku di poli , di beri penghargaan kepadaku , di layan sseperti seorang puteri . Ya allah mulianya hati mereka . Membuatku lebih menyayangi mereka berganda-ganda hari demi hari . Final exam menjelang tiba , membuat fikiran ku menjadi kusut sementara . Pelbagai perkara perlu di selesaikan dengan segera , pelbagai perbentangan yang perlu dilakukan dalam sehari . Mujur ada yang sering mengingatkan akan itu merupakan ujian dari pencipta kepada hambanya . Mujur ada yang sering mengingatkan ku supaya tidak menagguh tugas . Mujur ada yang selalu mengambil berat terhadap ku disini . Alhamdulillah , Beruntungnya diriku 




Gambar ? Mana gambar yang tangkap tangkap haritu ? Tak dapat lagi :) Tak apa nanti dah cuci tengaklah sungguh-sungguh . Jangan mengeluh atas ujian yang diberikan sebaliknya berdoalah meminta agar Dia memberi sedikit kekuatan kerana kita mampu melakukan dan menyelesaikan ujian yang diberikan . Jangan bersedih atas perkara yang tidak sepatutnya kita bersedih .


                                                                  here       ( ^_^ )


                                                              enjoy the cake :* 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, 13 March 2014

kawan makan kawan ?

Asalamualaikum ,




Terlintas dihati mahu mengutarakan cerita mengenai tikam belakang . Ini kerana seorang sahabat yang telah mengadu mengenai rakannya . Dalam erti kata lain , mengenai rakan nya yang mempunyai muka seperti talam yang mempunyai dua muka . Hehe . Kenapa gelak ?

Penikam belakang ? Back stabber ? Cukup faham kah kita dengan maksud tikam belakang ? Masih adakah orang yang sanggup menikam belakang ? Jawapannya ya , masih ada orang yang sanggup menikam kawan sendiri . Lagi-lagi kita yang hidup di zaman yang tiptop dengan segala-galanya seperti gadjet , perhiasan etc . Mereka sanggup membuat apa saja ; yang penting hajat mereka tercapai dan mereka dapat apa yang mereka mahukan . Ketika melalui saat itu , apakah perasaan kita ? Adakah marah , sedih , geram , dendam ? tepuk dada tanya selera .

Memang kita telah memohon maaf daripada mereka tetapi tahukah kita mengenai hati mereka ? Memang kita beranggapan mereka telah memaafkan kita seperti perjanjian " zero-zero tau . aku salah " " aku minta maaf atas apa yang aku lakukan dulu . 0 - 0 yee " . Sekuat mana pun maaf , sebanyak mana pun maaf yang diberikan mesti tercalit perasaan dendam mengenai apa yang telah mereka lakukan kepada kita . Hal ini berlaku kerana bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah terjadi lagi-lagi apabila marruah mereka tercalar dan mereka mahu berjaga-jaga dengan kawan yang seperti itu kerana bak kata pepatah , pisang tak akan berbuah dua kali . Nak tak rasa benda yang sama lagi ? X nak kan , so hakikatnya , sedalam mana pun maaf itu , ingatlah bahawa hati bukan untuk dipermain . Sekali ia direnyuk , di seterika beribu kali pun tidak akan kembali seperti hati yang asal dahulu .

Kata orang , jangan memilih untuk berkawan . Sebenarnya kita salah . Memilih kawan adalah penting untuk menentukan siapa diri kita kerana kawan berkeupayaan memepengaruhi untuk mengubah hidup seseorang . Ia juga membatu dalam menceriakan hari-hai kita yang suram kerana sahabat sejati akan berada dimana sahaja tidak kira ketika senang mahupun susah . Memilih bukanlah berdasarkan paras rupa dan harta benda tetapi hati . Hati yang ikhlas untuk berkawan kearah kebaikan nescahaya tidak akan menghampakan kita walau bagaimana beratpun rintangan dan halangan mengganggu .


Kawan makan kawan . Mengapa ini semua harus berlaku ... ? Adakah mereka tidak mempunyai perasaan .. ? Dalam sahabat , tidak semuanya baik . Kadang-kadang sahabat ini hanya bermuka-muka sahaja . depan kita ; manis ayatnya . Belakang kita ; semua yang diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain .



Kepada mereka yang telah mempunyai rakan mahupun sahabat yang 'sekepala' , jaga lah mereka , sayangi lah mereka walau kadag-kala mereka ada terguris perasaan kita sama ada sengaja mahupun tidak .



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 12 March 2014

hati ?

asalamualaikum ,




Jika dibicarakan tentang hati , kita sering merujuk kepada putus cinta dimana hati dicarik-carik seperti meyiat ayam untuk dimasukkan dalam soto , dimana hati sedang remuk seperti renyukan kertas yang hendak dibuang , dimana kita berfikir tidak dapat hidup tanpa dirinya , tiada cinta lain selepas dirinya .

Hal cinta ,
Perkara cinta ini bermula hanya dari usikan seorang sahabat (4 kerat ) yang suka menganggu kehidupan sahabatnya ( si tiang ) . Oleh kerana empat kerat ini sekepala dan sering bergurau mengenai seorang lelaki , si tiang ini mulai tertarik terhadap karisma rakan sekelas nya .

Hari ke hari ,
semakin galak usikan yang diberikan sehingga terlintas rasa cinta di hatinya . Maafkan kami sahabatku . Mulanya hanya sekadar bergurau , tak sangka terbawa hingga ke hati . Yang lara , hanyut entah ke mana . Yang pembuat , serba salah tidak terhingga . Barangkali terhinggap dihatinya bahawa " sakit gigi lagi sanggup berbanding sakit hati " .  Barangkali terlintas dihatinya " kenapa semua ni jadi dekat saya " .  Barangkali terdetik dihatinya " kenapa saya jumpa kamu , kenapa saya yang perlu merasa " Kasihan . Kuatkan hatimu sahabatku .

Hari indahmu ,
Hari indahmu semestinya di lalui dengan tenang dan gembira , tetapi mengapa perlu hari ini kau tahu semua kebenaran itu ? Maafkan kami sahabat ku , kuatkan hatimu kerana penciptamu sedang menjagamu dengan penuh kasih sayang .  




Ini harimu ,
selamat menyambut hari ulang tahun sahabat ku . Maaf tiada kejutan . Maaf tiada kad atau jamuan . Maaf kerana tidak membahagiakanmu dihari istimewamu ini . Semoga menjadi seorang anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa serta keluarga . Semoga berjaya mencapai impianmu . Semoga berjaya di dunia dan di akhirat kelak . Semoga mendapat anugerah Ketua Jabatan seperti yang di impikan oleh semua mahasiswa/siswi yang lain . Bergembiralah . Kerana hari ini merupakan indah mu .








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, 11 March 2014

ahli keluarga baru

Asalamualaikum ,

Artikel ini ditujukan khas kepada anak buah ibu yang baru melihat dunia pada 9 march 2014 bersamaan hari Ahad . Lama ibu tertunggu-tunggu kehadiran Nor Humaira kedalam keluarga ini . Hampir setiap hari ibu kacau Humaira dalam perut mama . Nampak tak tak sabar ibu tunggu Humaira macam mana . hehehe 

Mengikut persetujuan mama dan ayah , nama diberi , Nor Humaira binti Muhammad Hidayat . Ibu harap baby maira cepat besar dan jadi anak yang solehah serta bangga kan ibu bapa dan berjaya di dunia dan di akhirat . 

Ibu tak sabar nak balik jumpa anak buah ibu yang sulong ni . Ibu tinggalkan kursus sabtu ni nak balik Sepang untuk berjumpa dengan baby Maira . Hati-hati sayangku maira , banyak hal yang perlu maira tempuhi untuk menjadi anak yang solehah sementara dugaan sering datang dalam hidup untuk menduga sejauh mana ketetapan iman di dalam diri kita  . 

Sampai sini , Ibu harap sangap dapat jumpa maira dan ahli keluarga yang lain dalam masa terdekat ini . 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment