W E A R E Y O U N G ! iffa's blog: 2012

Wednesday, 10 October 2012

melodyy ~


aku x tahu apa yg aku rasa sekarang .. 


Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkanku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya
Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Kau titipkan cahaya terang
Tak padam didera goda dan masa


Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Dapatkah selamanya kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, 17 September 2012

a + + + utk awak !

assalamualaikum ..



sayang i really miss you . aku x tahu apa yang dia buat sampai aku sayang gila kat dia . dia tak bomoh aku kay . kau cakap macam tu kau gila . fuhh cuaca malam yang hangat nie sangat menggalak kan aku membebel 3000km/j . ha tengok tu . dah siap sedia nak pangkah blog aku lettew . aku tak bebel panjang panjang . penat aku nak naip sensorang ..

aku rasa aku makin bahagia . boify aku terbaik . apa yang aku nak , dapat . apa yang aku suruh dia ikut , perfect . aku rasa lelaki lain tak mampu buat macam mana dia buad . dia baik sangat kat aku . terharu kita tauk . kenapa sanggup buat macam tu kat kita ? kita tak mampu nak bahagia kan awak . dengan perangai makcik yang kuat cemburu tahap chronizxx nie . macam mana la perasaan awak kan sayang . hah sedar pun kau tu kuat cemburu . tak lah itu dulu . sekarang dah berubah kan cik boify . ape perasaan awak ye cik pami bila dapat makwe kuat tacik cemburu semua nie . mesti banyak bersabar kan :p




aku bersyukur sangat sebab sekarang kalau text dah tak ada asik nak pung pang pung pang pasal benda kecil . mungkin sebab dua dua dah matang , tau tanggung jawab masing masing dan dah jarang texting . text pun bila dua dua free sebab dua dua busy mengalah kan PM . yang sorang sibuk dengan tugas sendiri yang sorang lagi sibuk as student . susah nak cari masa lapang . but for me , saya selalu ada waktu utk awak sayang <--- menggedik menggedik ! so x pe kalau x selalu contact , sbb aku faham tugas dia dan dia faham tugas aku . kan kan .




*cough testing 1 2 3
sayang . thanks tau suprise 18/3 dulu . kita tak sangka awak buat macam tu kat kita . dah puas kita kutuk awak tetiba awak hadiah kan kat kita benda tu . sweet sangat awak taim tu . malu kita im touched :') .  im so sorry btw . me love you much . sejak akhir akhir nie awak sangat alert and sweet . rasa macam wow ! boify saya romantik gila . oh almost forget . thank to all my friend yang bersekongkol dengan pakcik nie buat suprise tu . korang memang pandai berlakon . main nyorok nyorok la konon . rupa nya oh maii :)



pengalaman mematang kan dan mengajar kita erti kehidupan . sebab macam macam yang kita harungi dan bila dapat selesaikan baru kita rasa kebahagiaan itu kan . yakin lah di setiap satu kejadian ada hikmah nye . me love you much . me miss you much busuk . will you married me ? k fine aku tipu . kita masih muda . kasi enjoy sampai puas .

cita cita belum dapat ekonomi tak kukuh so tak boleh kawin
dialog shah rezzah bin hashim

kau ajar aku bahagia
kau ajar aku derita
kau tunjukan aku bahagia
kau tunjukan aku derita

k bai bai
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

no one know


i love dance swan lake :)




we dance for what?

we dance for laughter
we dance for tears
 we dance for madness
we dance for fears
we dance for hopes
we dance for screams
we are the dancers
we create the dream

and i'm dance for everything
   but no one know .. :)
* because i've danced in my room :p

you have to try even you dont know how to dance . try to get the happiness then you will feel it :) good luck ! bye bye ^^

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 10 August 2012

friends ;)




hey guys :D rindu nak menulis blog . busy ouh sekarang dengan homeworks and exam ^^ . aku nak tulis apa ye tadi ? erm .. okay , got it ! let's start :)

::::  dear 3 dedikasi ::::



it's not goodbye that hurts but the flasback that follow

       semakin kita rapat dengan seseorang , semakin kita susah nak lupakan dia .
ayat nie aku pernah bagi kat sorang je budak perak . :) tahun nie tahun terakhir persekolahan bagi sesiapa sahaja yang menduduki tingkatan lima . termasuk aku . lepas nie kita semua akan ada hala tuju masing-masing . maybe ada yang pergi oversea , keluar dari negeri sembilan and mungkin juga kekal di negeri sembilan . apa yang aku nak bagi tahu kat sini adalah hakikat perpisahan .



untuk menghadapi hakikat perpisahan tak semudah yang kau sangka . lebih lebih lagi bila kita dah berkawan lama . 8 tahun , 10 tahun .  paling lama aku berkawan and jumpa kawan aku tu 8 tahun . bila nak berpisah tu , menangis Ya Allah hanya Allah je tahu . and setiap kali berpisah , aku akan menangis lama sebab aku tahu aku takkan dapat cakap 'hye' lagi kat diorang . macam nabila yang dah lama berkawan dengan ainul , aina , azimah. and  Aa dengan Ab yang dah 10 tahun berkawan . tahun nie mesti menjadi tahun yang sedih bila tiba akhir tahun . but , you have to remember this , persahabatan takkan terpisah hanya disebabkan jarak . andaikata korang terpaksa berpisah dengan bff korang , its okay . menangis la tapi terima qada' dan qadar Allah dengan hati terbuka because everything happen with a reason :)

cuma aku nak minta maaf kalau aku sombong kat negeri sembilan nie . *memang sombong pun :P hee~ sebenarnya aku takut nak rapat dengan mana mana budak negeri sembilan sebab aku tahu aku akan tinggalkan korang nanti . :( that's why aku tak ada bff pun kat sini . tapi korang semua baik and memahami ^^ thanks sebab jadi kamus bergerak versi negeri sembilan-bm untuk aku . thanks sebab jadi gps aku . thanks a lot and thanks for everything !



kawan adalah seseorang yang tetap bersama kita walaupun yang lain tinggalkan kita . kawan adalah seseorang yang memegang tangan kita bila kita takut semata mata nak tenangkan kita . kawan adalah orang yang gembira bila kita ketawa dan menangis bila kita sedih . kawan adalah orang yang sanggup terima kekurangan kita dan tak mempergunakan kita . kawan adalah orang yang risau bila kita sakit . kawan adalah orang yang kau boleh kira seringkas 1 2 3 dan dia ada dengan kau . kawan adalah orang yang akan kelam kabut and risau bila kau send message sependek nie ' :'(
 'even tak ada apa apa pun . haha ^^

ok bye ..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, 29 June 2012

sahabat sejati sukar untuk dicari


Aku ada beberapa orang kawan yang bersekolah di selangor , so menggatal pula tangan nak cuba menulis karangan dari kertas dari selangor . aku try buat . karangan nie keluar masa final exam 2011 tingkatan 4 untuk negeri Selangor  . so aku harap , karangan nie dapat membantu korang yang memerlukan and kalau nak jadikan sebagai contoh karangan korang , dipersilakan . :) markah penuh untuk karangan nie , 100 but i just got 96 only . so kalau salah , harap maaf and tolong betulkan ye ? here we go! "

    Sahabat sejati sukar untuk dicari apatah lagi untuk dimiliki . Untuk mencari kawan begitu mudah , namun untuk mencari seorang sahabat sejati umpama mencari sebutir mutiara di tengah lautan dalam . Berapa ramaikah kawan yang sanggup bersusah payah bersama kita ? Di saat kita ketawa menikmati indahnya kehidupan ini begitu ramai kawan bersama kita . Namun apabila kita bersedih , menangis terjatuh dan menyalahkan takdir kita lihat sekeliling mencari suara tawa yang menemani kita tadi , tiada . Di manakah mereka saat kita perlukan teman tempat bergantung ? Di manakah mereka saat kita perlukan suara semangat bagi membantu kita bangun dan berjalan semula ? Ya . Mereka hanya kawan yang akan bersuka bersama kita namun tidak rela berduka bersama .

       Pada zaman yang serba moden ini , lebih ramai kawan yang gemar menangkuk di air yang keruh jika hendak dibandingkan dengan sahabat sejati . Mereka lebih gemar mengambil kesempatan ke atas kekurangan kita . Sahabat sejati adalah seorang yang sanggup membela hak kita . Seperti Hang Jebat yang ingin menuntut bela di atas kematian sahabat yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri , Hang Tuah . Di fikirannya , Tuah haruslah mendapat pembelaan walaupun sehingga ke titisan darahnya yang terakhir . Mampukah seorang kawan biasa berbuat sedemikian rupa ? Tidak , hanya sahabat sejati yang mampu .


       Seorang sahabat sejati juga sanggup bersusah payah bersama kita .  Dia tidak akan terus membiarkan kita dalam kesusahan . Dia tidak akan sanggup melihat kita menderita malah turut bersama-sama merasai penderitaan itu . Contohnya ketika Nabi Muhammad s.a.w dan sahabatnya Abu Bakar di Gua Hira' . Baginda sedang tidur dan Abu Bakar melihat ada seekor ular mengeluarkan kepala dari lubang gua untuk mematuk baginda . Saidina Abu Bakar tidak sanggup ingin mengejut baginda lalu dia menutup lubang tersebut menggunakan tangannya . Apabila Rasulullah terbangun dari tidur , dia mendapati wajah sahabatnya begitu pucat menahan sakit . Sungguh tinggi nilai persahabatan yang ada dalam diri Abu Bakar .

      Selain itu , sahabat sejati juga seorang yang setiakawan . Dia ada bersama kita saat semua orang meninggalkan kita . Dia tetap mendekati kita saat semua orang menjauhi kita . Ya , saat itulah kita mengenali siapa sebenarnya sahabat sejati kita . Sahabat sejati terus menjadi lilin yang membakar api semangat untuk kita meniti hari esok dengan kuat dan tabah .

      Selama ini kita mencari-cari teman sejati untuk menemani perjuangan dalam kehidupan ini . Puas kita mencari di setiap sudut  di muka bumi ini namun masih belum ditemui . Usah risau , seorang sahabat sejati akan bersama kita dengan relanya tanpa dipaksa . Menerima dengan ikhlas kelemahan dan kekurangan yang ada dalam diri kita . Sahabat sejati tidak akan memburuk-burukan kita malah akan saling melengkapi antara satu sama lain . Sahabat seperti ini sukar untuk dicari . Andai dia pergi buat selama-lamanya hidup ini akan menjadi kosong lebih dari nilai kosong yang sebenarnya . Pemergiannya dirasai dan tak mungkin berganti .

      Kenangan bersama sahabat sejati menjadi kenangan terindah yang tertulis si setiap helaian diari kehidupan kita . Seorang sahabat sejati akan sentiasa membimbing sahabatnya di jalan yang benar . Dia tidak akan membiarkan sahabatnya terus di landasan yang salah . Seorang sahabat sejati adalah orang ynag membimbing sahabatnya ke syurga dan saling mengingatkan apabila terlupa . Firman Allah dalam Surah Al-Asr , demi masa . Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian . Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran .

      Seorang sahabat seharusnya bersikap jujur , boleh menyimpan rahsia dan menganggap sahabatnya seperti darah dagingnya sendiri . Menyimpan rahsia yang diamanahkan seperti menjaga maruahnya sendiri . Begitu tinggi nilai sahabat sejati sehingga nilainya dapat mengalahkan intan dan permata. Sahabat sejati tidak akan menjadi seperti duri dalam daging dan tidak pula menjadi seperti api dalam sekam. Dia memiliki semangat setiakawan dan kejujuran yang menebal dalam diri .

      Suatu hari , kita diherdik dan dihina kerana memiliki rupa yang hodoh dan tak punya apa-apa . Kita merasakan kesunyian di tengah ramai . Malunya kerana merasa maruah diri dipijak-pijak . Hendak bersuara namun siapalah kita . Kita hanya mentimun dan mereka durian . bergolek kita sakit, digolek pun kita sakit . Saat ini sahabat sejati datang bagaikan wira . Sekeliling yang gelap tadi kini bercahaya . Sahabat sejati tadi sanggup merendahkan dirinya dengan menggengam tangan kita dan memapah untuk bangun dan mematahkan kata-kata mereka . Seorang sahabat sejati bukan sahaja memiliki sifat simpati malah berempati terhadap kita . Pada era globalisasi ini , pasti sukar untuk mencari sahabat seperti ini . Malah ada yang sanggup tidak mengaku kawan hanya kerana sifat malu kerana mempunyai sahabat yang dibenci masyarakat .

      Sedarlah semua , kita bukan berada dalam dunia fantasi mahupun cerita dongeng untuk melakukan penindasa terhadap orang lain . Sahabat sejati tidak akan menindas sahabatnya sendiri malah akan bersama-sama bangkit untuk terus maju dalam apa jua cara sekalipun . Dia akan seiring tangan dan berganding bahu bersama kita dalam melawan arus rintangan dunia ini .

     Sebagai kesimpulannya , jelaslah kepada kita bahawa untuk mencari seorang sahabat sejati amat sukar sekali . Ini kerana ,  sahabat sejati tidak berada dimana-mana walaupun kita merentas lautan api , kita mendaki gunung yang tinggi waima masuk ke dalam hutan yang tebal sekalipun kita tetap tidak akan menemuinya . Sahabat sejati tidak diperdagangkan dan tidak boleh diwarisi kerana ia lahir dari hati yang ikhlas . semoga sahabat seperti ini tidak akan pergi meninggalkan kita dahulu . Jika boleh , biarlah kita yang melelapkan mata buat selama-lamanya dahulu kerana tidak sanggup merasakan kekosongan apabila ditinggalkan sahabat seperti ini .

                                                                                                                        (832 patah perkataan)

thanks for reading ^^ bye bye :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, 17 June 2012

Mengorak langkah , mengapai angan


semalam
aku kecewa dan terluka
memohon kekuatan
menjalar ketabahan
angan kubawa bermimpi
mimpi kuharap kenyataan 
namun tak kesampaian

tuhan
ingin aku berhenti
dari gusar melangkah
semangat kian hilang
lemah dan kelam
seakan tak mampu menganak
perlukah aku mengalah?
inikah dugaan?

kini langkahku terbuka
pada hikmah dugaan
menyusur relung keimanan
lalu dilontarnya ujian
kepada setiap insan

tuhan
tuntuni aku
untuk melangkah semula
teruskan perjuangan ini
gagahkan hati
sisipkan kecekalan
menyambut takluk dugaan

aku mohon
agung kebesaranMu
wahai Yang Maha Satu
segalanya dariMu

-nur zarifah binti rosli-


sajak ni aku reka sendiri . inspirasinya dari lagu langkah tercipta by unic . sajak nie mengisahkan diri aku sendiri . dari upsr , pmr dan spm . aku tak pernah dapat straight A's untuk upsr and pmr . upsr aku just 2A3B je . pmr pun lebih kurang. tak ada apa yang boleh dibanggakan . masa pmr la aku paling banyak diuji . dari segi fizikal , mental dan emosi . Mana tak nya , mak ayah hantar pergi sekolah untuk belajar tapi aku dok sibuk bercinta sana sini . bila dah nak periksa baru tergopoh gapah nak belajar . itu lah remaja zaman sekarang yang tak reti nak urus masa dengan bagus . Oleh itu ,  banyak yang aku kena cover sendiri . 


    

my dear past , thanks for all the lesson .
my dear future , im ready !


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, 7 March 2012

sedih aku :(

assalamualaikum .

aku tak tau nak letak tajuk apa kali nie . rasa janggal bila dah lama x update .. tadi di sekolah belaku satu insiden . punca nya sebab lelaki . apa lah sangat kau nak berebut seorang lelaki sampai nk memfitnah dik ? aku tak kisah kalau kau nak kawan ke apa ke tapi jangan sampai memfitnah . dik , kau tau kan dosa memfitnah lebih besar dari membunuh ? kalau macam tu baik kau bunuh aku je . ambik la sangat laki yang kau nak tu . ok sudah . aku maafkan kau . terkejut kenapa aku cepat maaf kan kau ? sebab kalau aku mati sebelum maafkan kau kau juga yang susah nanti . dan siapa la aku ampai tak boleh nak maaf kan kau disebabkan perkara kecik nie kan .

  Apa perasaan korang bila tau korang di tipu ?mesti sakit hati sangat - sangat kan ? tak guna nya kau ! gila - gila aku percayakan kau tetibe kau buat macam nie ? my heart is broken </3


Then bila dapat tau kebenaran nya pulak , nak nak kebenaran tu bukan kebenaran yang macam kita ingin . omaii frustrated ! rasa macam nak je campak kau dari puncak gunung brogha ke bawah

 
 
maksudnya , kita dah siasat perkara tu dari a sampai z dari sumber yang boleh dipercayai . tapi dia tetap nak cakap yang dia betul . nak jugak yakin kan kita yang dia tak bersalah sedangkan sumber tu terlalu baik dengan kita . tak ke silly namanya tu dik ?
lain kali beringat sebelum cakap . berfikir sebelum buat . err betul ke ? betul la tu .

 

kau berusaha nak tegangkan benang yang basah . aku dah anggap kau kawan . aku percaya kat kau tapi kenapa kau buat aku macam tu ? sakit hati bila kawan tikam kawan . kau nie tak ubah macam *peribahasa .. kau fikir lah sendiri . bagi otak karat kau tu bergerak sikit ..

kalau macam nie , buat aku TAWAQ hati sangat nak kawan dengan orang macam nie . it's seem like that im not a good friend . kita dah betul betul tak de hati nak berkawan dengan orang macam nie . bukan nak pulau kan dia , tapi sifat dia buat orang tak suka . buat orang asa macam nak kasi penampaq je kat dia . 


 


aku tahu , tak semua orang suka kat kita . i know that ! ada orang yang tak suka kau , ada jugak orang yang tak suka aku . but ! im trying to be good to all my friend ! kalau ada siape siape yang tak puas hati dengan aku try to be hinest to me please . aku tak marah . maybe tu salah satu cara aku nak perbaiki diri dan dapat mengelak kan dari orang lain tak suka kan kita .. dalam hidup nie jangan suka cari alasan untuk mengelak dari masalah . kita kene hadapi masalah sebab masalah mengajar kita erti kehidupan .

 

jangan ulangi lagi ye dik .. jangan risau , aku maaf kan kau . kita settle elokelok kay . ikut cara perempuan . ok bai :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment