W E A R E Y O U N G ! iffa's blog

Friday, 20 June 2014

berkecai tung tang

Asalamualaikum hai hai :D Haa entry kali ni nak cakap pasal patah hati . Haa cuba mengaku siapa yang pernah patah hati ? Perit kan ? Tak banyak , sikit .. Tak sikit , habis semua hati ranap . Mengaku cepat sebelum di tangkap . Hehehe . Okey okey memandangkan dah ada orang yang tersengeh macam kerang busuk depan PC , laptop , dan semua gadjet tu , aku nak cerita pasal patah hati . Hai macam berpengalaman je ? Alam percintaan mana yang x pernah alami sakit ini kan ..

img

Patah hati kerana putus cinta atau cinta ditolak bukan sekadar kiasan dan selalunya , seseorang akan merasa sakit kerana sakit yang amat dalam hingga boleh membuatkan seseorang tak makan beberapa hari dan  mengalami penurunan berat badan dengan mendadak . Semua hanyalah kerana cinta . Jadi , sesiapa di luar sana yang ingin mneurunkan berat badan , mohon clash dan lalui pengalaman ini dengan sepenuh hati , nescaya korang akan mengalami penurunan berat badan akibat tidak lalu nak makan . kui kui

Seperti yang kita tahu , putus cinta memang berat untuk di hadapi terutama bila kitadi pihak yang diputuskan . Perh rasa macam di campak pui pui bungkus buang dalam tong sampah terus . Bila perasaan sedih tu datang , perasan tak seolah olah ada something yang berat bedebuk jatuh dekat dada hingga ke jantung ?? Haa itu disebabkan ada hormon dalam badan yang duk berperang dalam tubuh hingga melahirkan rasa sakit tersebut . Ketika kita mengalami "putus hubungan" dengan seseorang , otak sulit mengatasi perkara itu sendirian . Oleh itu , otak menghantar signal ke tubuh utk memberitahu apa yang sedang kita alami pada waktu itu adalah rasa sakit . Teror kan tubuh kita nie ??

Seperti yang kita ketahui , otak mempunyai banyak hormon seperti oksitosin dan dopamin (pembangkit rasa bahagia) . Ketika seseorang mengalami emosi sedih / marah , otak akan terganggu dan kedua dua hormon itu akan 'lari' dan meninggalkan hormon stress sahaja di otak . Ketika stress berlaku , otak akan menghantar kortisol dan epinephrine (x igt ejaan) merupakan hormon yg menimbulkan reaksi perlawanan dan melarikan diri . Hormon ini akakn berkerja sekeras mungkin jika kita berada dalam situasi yang sangat mengancam contohnya ketika kita berada dalam kes ragut / rompak , otak dengan segera akan menghantar hormon ini kepada otot untuk melarikan diri . Tetapi , bila kita berada pada saat sakit hati , daripada siapa kita perlu melarikan diri ? Tiada siapa dan kesan nya kita akan merasa sakit itu seorang diri . Oleh itu , hormon ini akan lari ke dada hingga membuat jantung membengkak akhirnya timbul rasa sakit yang menekan , aliran darah ke perut tidak lancar lalu mengakibatkan seseorang hilang selera makan . Selain itu , ia juga membuat diri menjadi lemah seperti senang mendapat flu / demam .

Kesan patah hati ini tidak menguntungkan pada fizikal mahupun mental tetapi ada cara untuk kita hadapinya dengan tenang . Seperti :-

i - menarik nafas dalam dalam  dan mengeluarkannya secara perlahan .
ii - Dengar muzik muzik bertempo rancak
iii - keluar berjumpa teman dan mendengar cerita yang dapat membuahkan gelak tawa yang umphh .
    Dengan cara ini , ia boleh membantu tubuh melepaskan salah satu hormon bahagia .

"satu perkara yang kita tidak boleh lakukan ialah mengunci diri di dalam bilik , mengasingkan diri hanya akakn membuat semuanya bertambah buruk " oleh prof (lupa nama ) hihik

selamat beramal :p
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment