W E A R E Y O U N G ! iffa's blog: kawan makan kawan ?

Thursday, 13 March 2014

kawan makan kawan ?

Asalamualaikum ,




Terlintas dihati mahu mengutarakan cerita mengenai tikam belakang . Ini kerana seorang sahabat yang telah mengadu mengenai rakannya . Dalam erti kata lain , mengenai rakan nya yang mempunyai muka seperti talam yang mempunyai dua muka . Hehe . Kenapa gelak ?

Penikam belakang ? Back stabber ? Cukup faham kah kita dengan maksud tikam belakang ? Masih adakah orang yang sanggup menikam belakang ? Jawapannya ya , masih ada orang yang sanggup menikam kawan sendiri . Lagi-lagi kita yang hidup di zaman yang tiptop dengan segala-galanya seperti gadjet , perhiasan etc . Mereka sanggup membuat apa saja ; yang penting hajat mereka tercapai dan mereka dapat apa yang mereka mahukan . Ketika melalui saat itu , apakah perasaan kita ? Adakah marah , sedih , geram , dendam ? tepuk dada tanya selera .

Memang kita telah memohon maaf daripada mereka tetapi tahukah kita mengenai hati mereka ? Memang kita beranggapan mereka telah memaafkan kita seperti perjanjian " zero-zero tau . aku salah " " aku minta maaf atas apa yang aku lakukan dulu . 0 - 0 yee " . Sekuat mana pun maaf , sebanyak mana pun maaf yang diberikan mesti tercalit perasaan dendam mengenai apa yang telah mereka lakukan kepada kita . Hal ini berlaku kerana bukan mudah bagi mereka untuk melupakan apa yang telah terjadi lagi-lagi apabila marruah mereka tercalar dan mereka mahu berjaga-jaga dengan kawan yang seperti itu kerana bak kata pepatah , pisang tak akan berbuah dua kali . Nak tak rasa benda yang sama lagi ? X nak kan , so hakikatnya , sedalam mana pun maaf itu , ingatlah bahawa hati bukan untuk dipermain . Sekali ia direnyuk , di seterika beribu kali pun tidak akan kembali seperti hati yang asal dahulu .

Kata orang , jangan memilih untuk berkawan . Sebenarnya kita salah . Memilih kawan adalah penting untuk menentukan siapa diri kita kerana kawan berkeupayaan memepengaruhi untuk mengubah hidup seseorang . Ia juga membatu dalam menceriakan hari-hai kita yang suram kerana sahabat sejati akan berada dimana sahaja tidak kira ketika senang mahupun susah . Memilih bukanlah berdasarkan paras rupa dan harta benda tetapi hati . Hati yang ikhlas untuk berkawan kearah kebaikan nescahaya tidak akan menghampakan kita walau bagaimana beratpun rintangan dan halangan mengganggu .


Kawan makan kawan . Mengapa ini semua harus berlaku ... ? Adakah mereka tidak mempunyai perasaan .. ? Dalam sahabat , tidak semuanya baik . Kadang-kadang sahabat ini hanya bermuka-muka sahaja . depan kita ; manis ayatnya . Belakang kita ; semua yang diperkatakan hingga tidak sedar yang kita telah mengaibkan individu lain .



Kepada mereka yang telah mempunyai rakan mahupun sahabat yang 'sekepala' , jaga lah mereka , sayangi lah mereka walau kadag-kala mereka ada terguris perasaan kita sama ada sengaja mahupun tidak .



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 2 cerita dari mereka: