Asalamualaikum . Haa tu dia tu dia lama sangat tak update blog kesayangan nie . Maklulah cuti sem katakooo . Seperti student lain yang tekun memanfaatkan sepenuhnya rehat yang diberi oleh ipta / ipts sampai terlupa kesayangan kita yang disini . Cuba bagitahu siapa je yang tak nak manfaatkan cui sem yang agak lama berbanding biasa nie . Cuba cakap cuba cakap .
Okey . Disebabkan aku nie tak sabar nak kahwin *sangat* sampai bersengkang mata mencari tips yang boleh digunapakai oleh aku dan sesiapa saja untuk masa kini dan akan datang iaitu berkahwin di usia muda . Artikel ini aku amik dari blog pemanis kata yang diambil dari blog luvislam . Haa kau banyak betul sumbernya ..
Seperti apa yang sudah sedia maklum tentang perkahwinan ini , perkahwinan merupakan salah satu tuntutan Islam yang wajib sekiranya individu tersebut mempunyai kelayakan dan cukup syarat untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami ataupun isteri . Dalam masyarakat kita pada hari ini , tidak ramai yang memilih untuk melaksanakan perkahwinan dalam usia yang muda . Muda disini adalah dalam lingkungan 20-24 tahun.
Ada yang berpandangan bahawa usia sebegitu seringkali dianggap sebagai belum cukup dewasa atau matang bagi memenuhi tuntutan dalam perkahwinan . Namun ianya bukanlah satu masalah yang tidak boleh diselesaikan . Terdapat beberapa tips bagi mereka yang ingin mendirikan mahligai perkahwinan seawal usia 20-24 tahun .
Berikut adalah tips-tips yang boleh kita cuba :-
1- Menonjolkan akhlak dan peribadi yang baik kepada ibubapa , adik-beradik , saudara mara serta orang sekeliling . Sahsiah diri yang terpuji mampu meyakinkan ibubapa untuk ‘melepaskan’ anda ke dunia lain yang lebih mencabar iaitu perkahwinan .
2- Tunjukkan kematangan diri dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan . Baik dari segi membuat keputusan mahupun dalam berfikir dan bertindak . Kematangan dalam kepimpinan juga penting bagi lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga seawal usia yang muda .
3- Jaga ibadah dan amalan sebagai seorang Muslim yang baik . Lakukan amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri .
4- Beritahu keluarga dan orang-orang terdekat bahawa perkahwinan yang bakal dirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata . Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim .
5- Menunjukkan sedikit sumber pendapatan yang kita telah miliki sekarang bagi meyakinkan ibubapa untuk kita berumahtangga . Sumber tersebut adalah seperti gaji bulanan , side income serta simpanan kita terdahulu . Bagi yang masih belajar , usahakan untuk mencari side income sendiri dengan melakukan kerja-kerja luar (part-time) ataupun berniaga sendiri secara kecil-kecilan . Ini penting sebagai keyakinan kepada ibubapa bahawa kita mampu untuk menganggung pasangan seawal usia muda .
6- Buat pasangan yang masih belajar , letakkan usaha dan ilmu di tahap yang tertinggi . Pastikan perancangan untuk mendirikan perkahwinan tidak mengganggu pelajaran dan fokus sebagai pelajar . Fahamkan pasangan dan ibubapa tentang komitmen utama kita . InsyaAllah mereka akan menyokong dengan baik .
7- Jalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan lebih baik dari kebiasaan bagi ‘membeli’ kepercayaan dan keyakinan ibubapa dan pasangan yang kita mampu menjalankan tanggungjawab sekiranya berkahwin kelak .
8- Perlu bijak dalam melakukan perbincangan bersama keluarga bagi menyatakan hasrat anda berkahwin seawal usia yang muda . Cari mood yang baik dan pastikan kesemua tips-tips di atas sudah dipenuhi . Bawa berbincang dan tunjukkan kesungguhan dalam perkara ini . Ambil hati ibubapa supaya mereka dapat mendengar dengan baik dan tidak membantah . Minta juga nasihat dan pendapat dari mereka .
9- Sekiranya cadangan dan permintaan ditolak , jangan berputus asa . Teruskan usaha dan tunjukkan kesungguhan yang mendalam terhadap perkara ini . InsyaAllah lama-kelamaan keyakinan dan kepercayaan ibubapa akan datang dan mereka sendiri akan menanyakan semula permintaan kita untuk berkahwin . Terus berdoa usaha dan tawakal.InsyaAllah.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment